Umrah Ramadan GMI Markets 2025

Bersama Mutawwif Ustaz Hidayat dari Tenaga Insan Travel & Tours Sdn Bhd

Alhamdulillah, Dato’ Royfaizal bersama-sama 13 orang kakitangaan selesai mengerjakan ibadah umrah pada 1 Mac yang lalu dan mereka juga sempat merasai suasana menyambut bulan Ramadan di sana.

Untuk makluman, pada 8 Febuari yang lalu, GMI Markets telah memberikan penghargaan kepada 13 orang kakitangan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang di malam “2024 Grand Gala Dinner GMI Markets”. Kesemua mereka telah menerima tajaan pakej menunaikan ibadah umrah pada bulan Mac berikutnya yang juga merupakan permulaan bulan Ramadan bagi tahun 2025.

Dato’ Royfaizal bersama-sama 13 orang kakitangan telah berangkat ke Tanah Suci pada 27 Febuari 2025 dan pulang ke Tanah Air pada 9 Mac 2025. Semoga ibadah umrah yang ditunaikan menjadi umrah yang mabrur dan menjadi insan yang lebih cemerlang dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *