Bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-14 pada 8 Februari 2023, Dato’ Royfaizal Razali Chong telah pun memilih beberapa hadiah untuk diberikan kepada isteri tercinta. Hadiah yang berupakan sebuah kereta berjenama BMW untuk kegunaan harian seperti bekerja dan menghantar anak ke sekolah.
Selain itu, seutas jam tangan berjenama Tudor turut menjadi pilihan Dato’ Royfaizal untuk diberikan kepada isterinya sebagai tanda penghargaan kerana sanggup bersusah payah bersama-sama dari awal perkahwinan sehingga mereka dapat merasa hidup selesa.
14 tahun hidup bersama bukanlah sesuatu yang mudah buat pasangan suami isteri. Banyak perkara yang perlukan kesabaran yang tinggi, sokongan yang padu dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan sebuah perkahwinan, lebih-lebih lagi jika semuanya bermula dari sifar.
Diharapkan datin gembira dan suka dengan hadiah-hadiah yang diberikan untuk ulang tahun perkahwinan kali ini. Semoga usia perkahwinan berkekalan hingga akhir hayat, diberkati dan menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah.