Jemputan ke Majlis Penyerahan Sumbangan Projek "Creating Income Opportunities" (C.I.N.T.A) UKM-GSB Kepada Penjara Wanita Kajang

SUMBANGAN UNTUK MENJANA KEMAHIRAN BAGI BANDUAN WANITA

Dua minggu lepas, saya dapat tahu ada satu projek dari student akhir MBA di UKM mencari penyumbang bagi projek mereka yang dinamakan C.I.N.T.A. Konsep idea mereka adalah mencari penyumbang untuk membeli mesin dan perkakas membuat roti di mana latihan akan diberikan kepada banduan wanita untuk mereka mempunyai pengalaman supaya ketika mereka dah habis waktu tahanan.. mereka ada pengalaman bekerja untuk teruskan kehidupan.. Dan menyedihkan lagi ada banduan wanita selepas dah keluar pun tidak boleh bersatu dengan anak mereka yang di bawah jagaan jabatan kebajikan kerana mereka tiada pendapatan bulanan yang tetap.

CSR yang saya buat kali ni adalah berbeza dengan sebelum ni, dimana CSR yang saya buat sebelum ni lebih kepada sumbangan wang ringgit dengan membeli barang keperluan kehidupan. Untuk kali ni, saya nampak CSR ini boleh membantu jana lebih banyak value added dari satu investment sahaja dan ianya sangat berbaloi.

Let’s do more CSR. Sebahagian rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Semoga ianya bermanfaat dan berguna kepada mereka yang memerlukan.

Baca artikel lengkap: MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PROJEK “CREATING INCOME OPPORTUNITIES” (C.I.N.T.A) UKM-GSB KEPADA PENJARA WANITA KAJANG

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *