Atas kecemerlangan prestasi GMI Malaysia pada 2022, pihak atasan telah memberikan ganjaran kepada saya selaku RMD sebanyak RM100,000 bonus tunai. Saya tak menjangkakan ini akan berlaku dan ianya ibarat durian runtuh kepada saya.
Dan untuk bonus ni, adalah tak adil untuk saya ambil sebab ini adalah team effort. Saya nak berkongsi kepada semua staff GMI (yang bekerja 6 bulan ke atas). Macam mana duit ni akan diagihkan pada esok hari.
1) tunai – shopping di genting highland
2) 5 kenderaan vellfire disewa untuk keselesaan bersama
3) team building di villa janda baik
GMI berada di tahap ini bukan hasil saya seorang sahaja, ianya hasil seluruh team dari department yang berbeza. Masing-masing memainkan peranan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada client dan juga IB. Pun tidak lupa kepada IB/client yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami.
Saya berharap mana-mana leader broker lepas ni ingatlah satu perkara, kejayaan adalah team effort. Hargailah mereka dan jangan menindas mereka.
Kepada team GMI, syabas diucapkan atas perkhidmatan anda. Teruskan konsistensi untuk tahun 2023 dan akan datang. Dengan rendah hati terimalah perkongsian rezeki daripada saya yang tak seberapa ni.
Jom habiskan RM100,000 ni dalam masa sehari!!!
Nukilan
RMD yang dah kurus
GMI Markets Malaysia