Charity Back To School GMI Markets di Kg. Sg. Manggis

Program Kembali Ke Sekolah & Meraikan Warga Emas


Pada 28 Disember 2019, team GMI Edge telah menjalankan program CSR di Kampung Sg. Manggis, Kuala Langat. Program yang dijalankan merupakan program kembali ke sekolah dan juga meraikan warga emas yang diadakan di Balai JKKK Kampung Sg. Manggis. Program dimulakan dengan bacaan doa dan dilancarkan oleh ketua kampung Khairul Nizam Bin Jumi serta Wakil GMI Edge iaitu Royfaizal Bin Razali.

Team GMI Edge telah dihiburkan dengan persembahan dari adik-adik Kampung Sg. Manggis yang berbakat sebelum pemberian sumbangan berupakan kelengkapan sekolah untuk kanak-kanak/remaja yang memerlukan di Kampung Sg. Manggis serta barang keperluan asas bagi warga emas yang layak.

Program ini juga mendapat kerjasama dari beberapa pihak seperti :

  • CTC.FM
  • Kitakan Sekampung
  • Kerajaan Negeri Selangor
  • SMART Selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *