Leadership Excellence Awards 2024/2025

Majlis anugerah Leadership Excellence Awards 2004/2005 telah diadakan di Le Meridien, Putrajaya pada 12 Jun 2025. Majlis ini telah menghimpunkan ramai individu profesional pimpinan tertinggi syarikat dari pelbagai industri untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para pemimpin yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Di dalam majlis yang berprestij ini, Dato’ Royfaizal telah menambah lagi satu koleksi anugerah beliau untuk tahun 2025 bagi kategori C-Suite Leadership Excellence Award.

Dato’ Royfaizal sempat mencoretkan penghargaan melalui hantaran Facebook buat kakitangan yang sentiasa menyokong beliau dari belakang tanpa meragui segala keputusan yang dibuat.

Dato’ Royfaizal juga berkongsi pandangan tentang makna “Leadership” dalam kamus hidupnya menerusi hantaran tersebut, dimana beliau menekankan 3 teras utama untuk menjadi seorang pemimpin adalah:

  1. Lead by example – Leader yang efficient bukan sahaja mengarah tetapi harus menunjukkan melalui contoh tindakan. Mereka akan mengikut leader yang buat mengikut apa yang dikata.
  2. Trust – Kepercayaan sangat penting dalam team. Build the trust dengan menunjukkan integriti dan personaliti yang konsisten. Bukan tabur janji tapi tidak tepati.
  3. Reward – Leader harus bijak mengenalpasti team player yang harus diberikan penghargaan tanpa mereka minta. Penghargaan adalah emosi penting dalam kerana tanpa mereka, kerjayaan tidak akan datang dengan seorang diri.

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Royfaizal diatas kejayaan ini. Semoga terus maju jaya di masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *