Kenali Saya

Kenali dunia saya & ketahui perjalanan hidup dan kerjaya saya di dalam dunia pelaburan

Selamat Datang Ke Dunia Saya!

Misi saya adalah untuk menjadi individu yang bermanfaat kepada individu lain.

Latar Belakang Saya

Saya merupakan anak ketiga dalam keluarga. Saya mempunyai darah campuran Cina dan Melayu. Saya boleh bertutur dengan baik 3 bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa English. Permulaan kerjaya saya adalah sebagai seorang Pensyarah di Universiti Putra Malaysia. Tetapi, saya terpaksa untuk berhenti apabila saya gagal menamatkan pengajian saya di peringkat PhD. Dan 2011, kehidupan saya agak kucar-kacir dan saya mengalami masalah kewangan yang teruk dimana bebanan hutang melebihi daripada pendapatan yang ada. Sepanjang 10 tahun selepas itu, Alhamdulillah dengan keizinan dari Nya, kehidupan saya dah menjadi lebih baik dan saya telah menjadi jutawan pada tahun 2020.

Kerjaya Terkini

Kerjaya saya terkini adalah sebagai Regional Managing Director untuk Broker GMI Markets. Tugas utama saya adalah memastikan kelancaran operasi di pasaran bawah seliaan saya. Selain daripada itu, adalah memberi idea untuk penambahbaikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GMI Markets.

Antara pencapaian terbaik saya dalam kerjaya di GMI Markets adalah segala produk dan promosi yang dicipta dan diguna pakai sehingga kini adalah hasil daripada olahan saya dan juga team. Dan GMI Markets juga telah membuat keuntungan kasar yang memberangsangkan dari USD72 ribu pada tahun 2018 kepada hampir USD50 juta pada tahun 2022.

Pencapaian Dalam Kerjaya

2024
Most Influential Young Entrepreneurs 2024

Merangkul anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2024 di Shangri-La, Kuala Lumpur.

2024
2024 FastBull Trading Influencers Awards

Merangkul 2 anugerah dalam kategori Most Trusted Trader & Most Valuable Trader di Bangkok, Thailand

2023
2023 trading influencers award-autumn
2023 Trading Influencers Awards-Autumn

Berjaya merangkul anugerah Distinguished Reputation Award anjuran Trading Live yang diadakan di Cyprus

2023
industry excellence awards
Industry Excellence Awards 2023

Berjaya merangkul anugerah All Time Excellence Award. Industry Excellence Awards dianjurkan khusus buat pemain-pemain dalam industri forex & pelaburan di Malaysia.

2023
Malaysia Best Business Awards 2023

Terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah individu dalam kategori Entrepreneur of The Year anjuran Media Home Communication.

2023
ASEAN Innovative Professional Leadership Award
No. 1 ASEAN Innovative Professional Leadership Award 2023

Berjaya merangkul anugerah No.1 ASEAN Innovative Professional Leadership Award 2023 anjuran Majalah Penghargaan Indonesia yang diadakan di Jakarta, Indonesia.

2023
Trading Influencers Awards

Berjaya merangkul 3 anugerah (Most Popularity Award, Outstanding Service Award, Most Personal Ability Award) di dalam Trading Influencers Awards anjuran TradingLive.

2022
Peningkatan Keuntungan

Berjaya menjana keuntungan kasar yang memberangsangkan dari USD72 ribu pada tahun 2018 kepada hampir USD50 juta pada tahun 2022.

2008-2011
Penerbitan artikel

Telah menerbitkan lebih daripada 10 artikel ilmiah dalam jurnal tempatan dan juga jurnal antarabangsa.

2010
Anugerah Emas UPM

Memenangi Anugerah Emas dari Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM pada tahun 2010 bagi artikel bertajuk “Japanese Yen as an Alternative Vehicle Currency in Asian”.

2009
Anugerah Perak UPM

Memenangi Anugerah Perak dari Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM pada tahun 2009 bagi artikel bertajuk “Foreign Direct Investment and Economic Growth in Malaysia”.

2007
Anugerah Gangsa UPM

Memenangi Anugerah Gangsa dari Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM pada tahun 2007 bagi artikel bertajuk “Asian and US Stock Market interdependence in 21st Century”.

Berminat Mendalami Pelaburan?

Anda boleh mengikuti perjalanan saya di media sosial untuk menimba ilmu. Saya telah memberikan latihan kepada beribu pedagang dan juga melahirkan ratusan Introducing Broker (IB) yang berjaya.