Tarikh: 28 – 29 Januari 2023
Lokasi: Genting Highlands & Janda Baik
GMI Markets telah mengadakan aktiviti team building bersama team GMI Markets Malaysia di Genting Highlands dan Janda Baik. Acara yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu telah disertai oleh 24 orang pekerja GMI Markets Malaysia.
-Hari Pertama(Genting Highlands)-
Acara dimulakan pada pagi Sabtu(28 Januari 2023) pada pukul 8 pagi dengan berkumpul di BH Petrol KL-Karak Highway. Sebanyank 5 buah MPV Vellfire telah disewa untuk pengangkutan kesemua 24 orang team GMI Markets Malaysia. Aktiviti dimulakan dengan rombongan ke Genting Premium Outlet dan SkyWorld Genting. Team GMI Markets mendapat RM3000 setiap seorang sebagai bonus tanda penghargaan untuk dibelanjakan di Genting Highlands.
Untuk makan tengah hari, Dato’ Royfaizal Bin Razali Chong (Regional Marketing Director) telah berbesar hati menaja team GMI Markets makan di restoren Burger & Lobster di Sky Avenue, Genting Highlands. Aktiviti diteruskan dengan acara membeli-belah di Sky Avenue, Genting dan berakhir di Genting Premium Outlet sebelum kesemua team GMI Markets dibawa ke Janda Baik.
-Hari Pertama(Vila D’lina, Janda Baik)-
Team GMI Markets sampai di Janda Baik petang 28 Januari 2023. Sebuah Vila (Vila D’lina) disewa untuk kegunaan team GMI Markets untuk pelbagai aktiviti yang telah diaturkan. Peserta lelaki dan perempuan mendapat 2 buah rumah yang berasingan sebagai tempat berehat sebelum masing-masing membuat aktiviti bebas sementara menunggu aktiviti BBQ untuk makan malam bermula.
Aktiviti permainan mengambil tempat setelah kesemua team GMI Markets selesai makan malam. Beberapa aktiviti permainan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara team GMI Markets dimulakan seperti ‘Tiru Gaya Saya’, ‘Siapa Lebih Pantas’ dan bola baling air yang memerlukan kesemua peserta untuk bekerjasama bagi memastikan kemenangan kumpulan masing-masing. Bagi membuat peserta lebih bersemangat untuk turut serta dalam permainan, sejumlah wang telah ditawarkan sebagai hadiah bagi mana-mana kumpulan yang berjaya memenangi permainan pada malam itu. Kesemua aktiviti berakhir pada pukul 1 pagi sebelum bersurai untuk berehat dan tidur.
-Hari Kedua(Vila D’lina, Janda Baik)-
Hari kedua team building GMI Markets Malaysia dimulakan dengan bersarapan beramai-ramai sebelum kesemua peserta bersedia untuk check-out dari Vila D’lina. Sebelum check out, team GMI Markets sempat memotretkan beberapa gambar dan video kenangan berkumpulan.
Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu telah mendapat komen-komen yang positif daripada team GMI Markets. Sebelum meninggalkan Janda Baik, team GMI Markets sempat singgah ke sebuah warung untuk menjamah durian beramai-ramai sebelum kesemuanya pulang ke destinasi masing-masing.
Diharapkan kesemua team GMI Markets merasa seronok dan gembira sepanjang 2 hari 1 malam team building dijalankan. Semoga objektif untuk mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja dan mengukuhkan kepercayaan antara satu sama lain tercapai. Semoga GMI Markets terus maju di masa hadapan.