Dato' Royfaizal bersama BDM GMI Markets semasa team building

BDM Team Building 2023

Pada 11 Januari 2023 bertempat di Strand Mall, Kota Damansara. Team GMI Markets Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Royfaizal Bin Razali Chong telah mengadakan team building khas untuk Business Development Manager (BDM) GMI Markets.

Aktiviti perlumbaan GoKart telah diadakan di Formula Karting, Level 5, Strand Mall. Seramai 8 orang BDM telah menyertai aktiviti tersebut. Pelbagai hadiah telah ditawarkan untuk merancakkan lagi aktiviti malam tersebut bagi sesiapa yang memenangi perlumbaan.

Sebelum memulakan perlumbaan, kesemua peserta telah diberi taklimat keselamatan tentang cara mengendalikan kenderaan GoKart dan lain-lain yang berkaitan.

Tuah perlumbaan malam tersebut memihak kepada:-

Tempat Pertama :  BDM Danial

Tempat Kedua : Dato’ Royfaizal

Tempat Ketiga : BDM Irda

Aktiviti GoKart yang diadakan adalah sebagai satu simbolik kepada dunia sales iaitu kepantasan. Sebagai individu yang berkecimpung di dalam dunia sales, kepantasan menjadi salah satu kemestian untuk maju.

Semoga team BDM GMI Markets terus maju dan lebih bersemangat dalam menjayakan tugas mereka dan dapat terus bersama-sama memacu perkembangan GMI Markets di masa akan datang sebagai satu pasukan yang kuat dan berdaya saing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *