Dato’ Royfaizal Razali Chong sekali lagi merangkul anugerah bagi tahun 2025. Majlis anugerah “Asia Excellence Choice Award 2025” telah diadakan di Grand Mercure Kemayoran, Jakarta Pusat, Indonesia pada 26 April yang lalu.
Anugerah ini mengiktiraf individu dan organisasi yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam kepimpinan, inovasi dan sumbangan luar biasa dalam industri masing-masing di peringkat Asia. Pemilihan Dato’ Royfaizal sebagai penerima anugerah ini merupakan satu pengiktirafan atas pencapaian cemerlang beliau dalam dunia perniagaan serta dedikasinya dalam membangunkan komuniti dan ekonomi serantau.
Majlis yang dihadiri oleh pemimpin industri, tokoh masyarakat serta wakil media dari seluruh Asia ini menjadi platform penting untuk meraikan kecemerlangan serta menjalin kerjasama strategik antara negara-negara di rantau ini.
Dato’ Royfaizal juga sempat membuat hantaran di Facebook selepas majlis berakhir dengan ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur anugerah, Majalah Penghargaan Indonesia diatas anugerah yang berprestij ini.
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Royfaizal Razali Chong atas pencapaian membanggakan ini!