Tahun 2023 adalah satu tahun yang amat bertuah bagi Dato’ Royfaizal apabila beliau sekali lagi merangkul anugerah ‘No.1 ASEAN Innovative Professional Leadership Award’ anjuran Majalah Penghargaan Indonesia.
Majlis anugerah tersebut diadakan di ASTON Priority Simatupang Hotel & Conference Centre, Jakarta pada 26 Mei 2023. Dato’ Royfaizal telah terpilih untuk menerima anugerah ini dan secara tidak langsung menjadi wakil dari Malaysia dan juga sebagai CEO Royan Trading Sdn Bhd.
Dato’ Royfaizal sempat merakamkan rasa kesyukuran beliau terhadap anugerah yang diterima melalui kiriman Facebook beliau.

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Royfaizal diatas anugerah yang diterima. Semoga Dato’ Royfaizal dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada komuniti di hari-hari yang mendatang.