margin dan leverage

Apa Itu Leverage? (Bahagian 2)

Blog kali ini adalah kesinambungan blog yang lepas berkenaan leverage dalam forex. Jika anda belum lagi membaca bahagian pertama, anda disarankan untuk berbuat demikian supaya anda lebih memahami tentang leverage kerana kedua-dua bahagian ini berkait rapat antara satu sama lain.  Untuk membaca bahagian pertama blog ini, anda boleh membacanya dengan menekan pautan dibawah.

Baca bahagian pertama:  Apa Itu Leverage? (Bahagian 1)

Semakin tinggi leverage, semakin bagus?

Masihkah anda ingat saya mengatakan untuk pedagang mahir, lagi tinggi leverage lagi bagus. Kenapa? Jawapannya mudah. Apabila leverage semakin tinggi, margin semakin rendah. Semakin rendah margin, semakin tinggi tahap margin(1) (margin level).

Contoh yang saya bagi di blog bahagian pertama mengenai perbandingan leverage 1000 dengan 500. Untuk leverage 500, anda memerlukan 200 USD untuk 1 lot dengan andaian harga adalah 1. Manakala, untuk leverage 1000, anda hanya memerlukan 100 USD untuk 1 lot.

Jadi, jika anda membuka 1 lot berharga 200 USD dengan leverage 500, anda telah kehabisan free margin(2) tetapi jika anda membuka 1 lot berharga 200 USD dengan leverage 1000, anda mempunyai free margin sebanyak 100.

Margin level stop-out

Dan apabila harga bergerak salah arah semasa ada floating negatif, leverage yang rendah akan mengalami margin level stop-out(3) terlebih dahulu kerana leverage yang rendah atau leverage 500 akan mencapai margin level stop-out lebih cepat berbanding dengan akaun yang menggunakan leverage 1000.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pedagang mahir akan memilih leverage yang lebih tinggi tetapi mampukah mereka mengawal tangan mereka daripada ‘gatal’ untuk menekan lagi position disebabkan mempunyai free margin yang masih berbaki? Tepuk dada tanya selera. Secara teorinya, leverage yang tinggi itu bagus tetapi secara praktikal, hanya pedagang sahaja yang tahu.

Itu sahaja ilmu berkenaan leverage kali ini. Diharapkan anda dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Anda ada persoalan dan mahu bertanya saya? Jangan malu, jangan segan untuk menghubungi saya melalui emel ataupun media sosial saya. Berjumpa lagi di blog yang akan datang.

Nota:

(1) Tahap margin(margin level) adalah peratusan jumlah deposit anda yang sudah digunakan untuk perdagangan. Ini akan membantu anda melihat berapa banyak wang yang digunakan dan berapa banyak yang tersisa untuk perdagangan selanjutnya.

(2) Margin percuma(free margin) adalah daya beli yang tersedia untuk perdagangan. Margin bebas dikira sebagai mengurangkan margin yang digunakan dari jumlah margin.

(3) Stop out adalah isyarat bahawa semua kedudukan aktif di pasaran forex akan ditutup secara automatik oleh broker kerana tahap margin anda terlalu rendah untuk mengekalkan kedudukan terbuka.

Bacaan terperinci : Apa itu margin & leverage dalam forex?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *