leverage itu pinjaman?

Apa Itu Leverage? (Bahagian 1)

Ramai yang salah faham tentang leverage dengan menganggap ia adalah satu bentuk pinjaman yang disediakan oleh broker. Secara logiknya, broker tidaklah begitu bermurah hati untuk memberikan pinjaman kerana mereka lebih mahukan wang kita.

Leverage itu pinjaman dari broker?

Untuk pengetahuan anda, di dalam pelaburan, leverage bermaksud pinjaman tetapi dalam brokerage online trading platform, leverage ini adalah satu kemudahan yang disediakan kepada pedagang. Lagi tinggi leverage yang disediakan, lagi rendah margin yang diperlukan. Apabila margin rendah, modal yang perlu diletak turut menjadi rendah.

“Lagi tinggi leverage yang disediakan, lagi rendah margin yang diperlukan.”

Perbandingan leverage 1000 dan 500

Sebagai contoh, kita buat perbandingan leverage 1000 dengan 500 pada kontrak saiz akaun standard yang sama iaitu 100,000 untuk satu lot. Jika leverage 1,000 untuk satu lot, modal yang diperlukan hanya 100 USD. Manakala, dengan leverage 500 untuk satu lot, modal yang diperlukan adalah 200 USD. Ini bermakna, lagi rendah leverage, lagi tinggi deposit yang diperlukan.

“Lagi rendah leverage, lagi tinggi modal yang diperlukan”

Oleh itu, leverage bukanlah pinjaman seperti yang ramai orang sangka. Ia adalah satu kemudahan yang disediakan untuk pedagang.

Kesimpulan

Secara anologinya, leverage ibarat kereta. Semakin laju kereta itu, semakin cepat kita sampai ke destinasi. Dengan kata lain, semakin tinggi leverage, semakin cepat dapat keuntungan. Tetapi perlu diingat. Cara penggunaan leverage sangat penting. Seperti memandu kereta. jika salah pemanduan, kita lebih senang kemalangan dan jika salah penggunaan leverage kita akan rugi.

Jika anda tanya pendapat saya, sebagai pemula leverage apa yang paling sesuai? Jawapannya adalah jangan lebih daripada 500. Tetapi jika anda adalah pedagang mahir, lagi tinggi leverage lagi bagus. Ada sebabnya. Nanti saya akan ceritakan kenapa begitu di blog saya yang akan datang.

Sekian sahaja dari saya. Jumpa lagi di blog yang akan datang.

Baca bahagian kedua: Apa Itu Leverage? (Bahagian 2)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *