Seiringan dengan tahun 2024 yang telah pun melabuhkan tirainya, GMI Markets telah mengadakan majlis ‘2024 Grand Gala Dinner’ yang gilang-gemilang bagi meraikan para Introducing Broker dan juga pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada GMI Markets.
Majlis yang berprestij itu telah berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 8 Febuari 2025 yang lalu dan telah dihadiri oleh para tetamu yang diantaranya terdiri daripada kakitangan, Introducing Broker dan para pelanggan yang sentiasa setia bersama GMI Markets.
Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu-tetamu jemputan. Diantaranya adalah delegasi GMI Markets dari China dan Thailand bagi bersama-sama meraikan malam tersebut. Pelbagai acara menarik telah diadakan untuk memenuhi acara malam tersebut seperti cabutan bertuah dimana pemenang menerima hadiah-hadiah yang istimewa diantaranya ialah iphone 16 Pro, ipad Pro, Apple Watch dan wang tunai bernilai RM45,000.
Malam yang meriah itu juga diserikan dengan persembahan yang memukau dari artis undangan seperti Michael Jackson tribute artist yang telah membuat persembahan pembukaan dengan meniru aksi-aksi persembahan Michael Jackson dan juga Dayang Nurfaizah yang mempersembahkan beberapa buah lagu.
Selain itu, GMI Markets juga telah memberikan pengiktirafan dan anugerah kepada kakitangan dan Introducing Broker GMI Markets yang cemerlang dengan memberikan tajaan pakej Umrah Ramadan kepada kesemua kakitangan yang menerima anugerah. Manakala, Introducing Broker yang cemerlang membawa pulang pelbagai hadiah menarik antaranya ialah MacBook M4, Gold Bar 50g, wang tunai, motosikal Yamaha dan kereta Honda.
Dipertengahan majlis, Dato’ Royfaizal, selaku Regional Managing Director, sempat membentangkan perkembangan semasa GMI Markets kepada semua hadirin supaya dapat bersama-sama mengetahui berkembangan dan hala tuju syarikat yang seterusnya. Majlis diakhiri dengan sesi Angpao Time dan satu permainan yang dipanggil “Deal or No Deal” yang diacarakan oleh Dato’ Royfaizal, dimana seorang pemenang membawa pulang RM100,000 pada malam itu.
Semoga GMI Markets terus maju dan berkembang dengan jayanya untuk tahun-tahun yang akan datang.
Tonton video rangkuman majlis pada malam tersebut: